demam selsema

Apakah itu demam selsema?

Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.

Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.

Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:

Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.

Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.

Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.

Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.

Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.

Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.
Gejala-gejala yang lain

Mata rasa kepanasan sedikit

Hilang deria bau dan rasa.

Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.

Demam.

Sakit-sakit badan.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: